Setahun berlalu tiada khabar mau pun cerita..kasihan H*n*y ya..
Kasihan jugak aku pada kawan ku yang satu itu..terus diam membisu tanpa sepatah kata mau sekilas pandang..
Tapi apakan daya..kerana dia semuanya binasa..hancur lebur..
Kasihan pada aku (tapi itu dulu)..juga pernah ditinggal kawan gembira sedih.."Tentang Seseorang" mengingatkan aku padanya..Entah apa cerita baru nya..Rindu jugak aku padanya
Ku petik dari kata2:
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang....
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit....
kata atuk,
KAWAN tu seperti air terus mengalir....
kata nenek,
KAWAN 2 bak bulan dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana....
kate sedara,
KAWAN 2 mcm makanan, KAWAN makan KAWAN!!!!
kata abg,
KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata....
Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tapi sedap dimakan....
(tapi aku tak suka durian..haha)
kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!! dia tetap KAWAN.. tau tak sebab ape?? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia tetap kawan aku....
Kawan anda bagaimana??..
nota kaki: sejak bila ntah aku berkata2 mcm ni..ni pengaruh ili la ni (hehe..jgn marah ili)
2 comments:
Fuh, hebat kata2 pujangga... tringat zaman sekolah :)
For me, a friend is someone who loves you no matter what, including your 'ketidaksempurnaan' and he/she never judge you.
Nessa~it's true..but it's hard to find a very true friend now..ramai kawan makan kawan..
Post a Comment